Sunday, September 21, 2008

~~CiNtA pErTaMa~~

ntah kenapa harini ak mcm nk berbicara tentang cinta. kata orang cinta pertama adalah cinta yang paling susah untuk dilupakan...dulu ak akan bertanya begini, "betul ke??" tapi skarang ak tahu bagaimana peritnya untuk melupakan cinta pertama. betapa sakitnya seluruh jiwa dan raga.

dua bulan...ya, dua bulan ak merana semata2 untuk belajar melupakannya. tapi tetap tidak membuahkan hasil. dua bulan juga air mata ni xpernah kering bila saja ak teringatkan masa lalu. kenapa perlu rasa begini?? orang kata cinta itu indah, tetapi kenapa perit dan sakit yang kurasa?? tambah lagi orang yang kusayang tu mula membenci diri ini. dirasanya diri ini bagai telah membawa satu kisah duka yang abadi dalam dirinya. dia benci setiap kali matanya melihat wajah ini. wajah yang baginya bagai membawa epsiod malang dalam buku2 perjalanan kehidupannya. Jahat ke aku?? Hina ke aku?? ak mengaku akan kekhilafan dulu. ak mengaku aku terlalu bodoh hingga membuat kau rasa menderita. tapi ak bukan lakukannya dengan sengaja. aku lakukannya semata2 kerana aku takut untuk kehilangan kau. tapi kini semuanya dah terlambat. perkara yang aku takutkan tu lah yg dah terjadi. andai masa boleh diputar kembali, akanku betulkan semua kekhilafan itu.

aku tahu ak tidak layak untuk sesiapa pn. aku bukan sape2. aku bukan seperti yang semua orang mahukan. aku hina. aku bodoh. bodoh kerana aku pernah mencintai orang lain lebih dari mencintai diri sendiri. skarang bagaimana feedo?? puas dengan rasa tu??

aku xpasti samada ak boleh teruskan kehidupan ni tanpa dia. dua bulan aku cuba. aku berlakon didepan orang mcm sumenye baik2 aje...tapi tidak, hati ini hanya tuhan yang tahu. aku terseksa. aku minta maaf pada semua...aku xmampu lagi tahan rasa sakit ni.

aku terima kalo kamu semua nk katakan aku bodoh sebab layan perasaan ni. ya, mmg aku bodoh. belaja je tinggi2... terpulang lah...ak cuma perlukan tempat mengadu. tp kalo kamu tanya kenapa. tidak mungkin aku akan menjawabnya. sekali lagi, aku cuma butuh waktu untuk terima hakikat ini. mungkinkah sebulan lagi? dua bulan lagi?? setahun?? sepuluh tahun?? ntah. itu sume hanya keadaan dapat tentukan.

buat "kamu", aku harap kau bahagia. aku tidak tuntut kasih sayang dari kau lagi. aku cuma mohon jangan dibenci diri ini. kerana aku akan rasa lebih membenci diri sendiri. aku ringankan jari ini menari diatas papan kekunci sambil air mata xhenti2 mengalir membasahi pipi.

....MAAFKAN AKU....

12 comments:

cHiBi cHigUSa said...

Sabar banyak2 yer..ini dugaan dr Tuhan.But trustlah,Allah takkan membebani hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya sendiri.

Hmm,susah kan bercinta..Tulah aku da malas nk terlibat=).Hehe..Ko jgn sedey2 lg yer.Yang da lepas biarkan lepas,kita cari pganti baru.Insyaallah,ada rezki ko tak ke mana punya..dun't worry,the time will come(^_^);.

Eips2,another 2 hours~Hehehe.

Feedo said...

tp susah kan...huh...xtau la...rasa perit tu xdpt nk diungkapkan..huhu...ntah la...

cik moon said...

Meneka Dalam Kesamaran~~~

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu menyinta

Ku menyingkir tiap keindahan
Ku lepaskan apa yang ku genggam
Tiada ku inginkan keraguan mu
Kian berpanjangan tanpa pedoman

Keteguhan cinta ku pada mu
Membuat ku tak merasa jemu
Seringkali pertanyaan
Yang cuba aku timbulkan
Pada mu itu hanya kebosanan
Bagaikan ada kesamaran
Di dalam sinar pengharapan

Puas sudah mencari silap ku
Puas sudah meneka hati mu
Tiada ku temui
Jawapan mu yang pasti
Yang memberi ketenangan diri

Feedo said...

wah...dlm maksudnye tu aby...huhu

cik moon said...

haha..
dlm mn tuh??jeng~~
spesel dedication..
lagu neh...
tuk en feedo...

~pas dgr lagu neh..
jom dgr lagu ry plak..~~

Feedo said...

sape yg nyanyi lagu tu ek??

cik moon said...

tajuk eyh...
lagu neh...
dinyanyikan oleh..
tuan tanah...
ibnor reza...~~
mmg feeling abes lor bile dgr...
jom dgr!!!

Anonymous said...

1st love. been there. done there. eventually it will past. just keep holding on. bunga bukan sekuntum.

Feedo said...

hoho...thanx for the very useful advise...

Feedo said...

eh...i meant to say "useful"...hehehe

Anonymous said...

lame advise kn? hee. so, healed already?

iiman87 said...

salam.kisah kita hampir sama..mmg sukar utk mlupakan cinta pertama.ana shingga kini xdapat mlupakan dia.tp ana yakin, mencintai dan menyayangi seseorang x semestinya kita memilikinya.cukup la hanya sekadar lihat dia bahagia dengan sapa pun dia layari kehidupan ni.Allah smemangnya sudah menyediakan yang terbaik untuk kita,cuma tggu masa dan waktu sahaja utk kita miliki apa yg spatutnya kt miliki.salam perkenalan dari saya..iiman

Post a Comment